Perkara sebegini pun boleh berlaku di sekolah penulis yang merupakan sekolah agama... SEGELINTIR gurunya lah yang bertindak sebagaimana yang penulis nyatakan. Seharusnya apabila mereka melihat rakan guru mereka melakukan kesalahan dari segi agama, mereka seharusnya menegur bukannya memberi komentar yang sinis dengan nada yang perli...? Adakah itu cara Rasulullah mendidik umatnya ?? Apabila penulis mendapat khabar mengenai benda yang sebegini, penulis merasakan bahawa bagaimana orang yang bukan Islam hendak tertarik dengan agama kita ?? Golongan da'i dan murabbi lah yang menjadi tunjang utama umat Islam agar golongan yang bukan Islam tertarik dan berminat dengan agama Islam... Siapa da'i dan murabbi ?? Seluruh umat Islam lah...!
Tuntasnya, penulis hendak menyarankan kepada rakan-rakan taulan sekalian serta diri penulis sendiri bahawa kita seharusnya memberi panduan, galakan, nasihat serta contoh yang baik supaya ramai orang bukan Islam tertarik dengan kita. Teringat penulis akan kata-kata hikmah dari saudara Hilal Asyraf yang berbunyi :
"Kita sebagai da'i dan murabbi adalah penyeru kepada segala umat, bukannya seorang penghukum kesalahan orang lain. Kita ibarat doktor yang mengubati pesakit, bukannya tukang pancung hukuman mati kepada pesalah."